FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA.
NAMA KURSUS DAN KOD: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPF 4013) KUMPULAN: C (GROUP 4) NAMA PENSYARAH: ENCIK ZAINI BIN ABDULLAH KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA NUR 'AINAA ATHIRAH BINTI ALUWI @ DIN L20212011869 1. MENJADIKAN PENDIDIKAN SATU KONSEP YANG BERTERUSAN Ø Proses pendidikan berterusan ini bertujuan untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Ø Proses pendidikan merupakan proses sepanjang hayat iaitu bermula dengan pendidikan tidak formal di rumah dalam peringkat awal kanak-kanak seterusnya peringkat formal iaitu pendidikan di sekolah dan pedidikan di Institut Pengajian Tinggi. Ø Pendidikan ini tidak terhad dalam bentuk formal malah ia meliputi semua termasuk pengalaman sendiri, melalui orang lain atau dengan pembelajaran kendiri dan melalui media massa. Ø Ini juga membuktikan bahawa perkembangan pendidikan di Mala...