FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA.
KEPENTINGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1.
MENJADIKAN PENDIDIKAN SATU
KONSEP YANG BERTERUSAN
Ø
Proses pendidikan berterusan ini bertujuan untuk membantu
individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.
Ø
Proses pendidikan merupakan proses sepanjang hayat iaitu bermula
dengan pendidikan tidak formal di rumah dalam peringkat awal kanak-kanak
seterusnya peringkat formal iaitu pendidikan di sekolah dan pedidikan di
Institut Pengajian Tinggi.
Ø
Pendidikan ini tidak terhad dalam bentuk formal malah ia
meliputi semua termasuk pengalaman sendiri, melalui orang lain atau dengan
pembelajaran kendiri dan melalui media massa.
Ø Ini juga membuktikan bahawa perkembangan pendidikan di Malaysia menurut FPK sangat luas dan konsep pendidikan berterusan sangat penting dalam memastikan semua rakyat Malaysia menerima pendidikan walaupun berbeza generasi.
2.
MENJADIKAN MASYARAKAT YANG
SEIMBANG & HARMONIS
Ø Fungsi utama pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan
potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang yang melibatkan komponen
Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani.
1.
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG
BERILMU PENGETAHUAN
Ø
FPK penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu
pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini penting untuk ditingkatkan sama ada melalui
pembacaan, pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya. Ilmu pengetahuan sangat
penting untuk diri setiap individu kerana setiap sesuatu yang dilakukan di
dalam kehidupan seharian memerlukan ilmu pengetahuan.
2.
MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG
BERTANGGUNGJAWAB
Ø
Setiap individu sentiasa mematuhi peraturan &
udang-undang Negara serta menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah untuk
individu tersebut.
Ø
Berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat dan Negara
Secara keseluruhannya, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) penting dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Ini kerana
setiap struktur dan bentuk yang telah diwujudkan secara kritis oleh kerajaan
dapat menjadikan negara Malaysia sebuah Negara maju dalam sistem pendidikan dan
selaras dengan negara-negara lain. Pendidikan yang diterima dan diajar
oleh guru dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dan menjadi insan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, semangat, emosi dan jasmani dalam
mencapai visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
BENTUK PENDIDIKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN
WAN NUR NADIAH BINTI WAN MOHD ROSLI
L20212012253
Konsep pendidikan
berterusan atau dikenali sebagai pendidikan sepanjang hayat menekankan kepada
proses pembelajaran secara berterusan yang mana seseorang itu mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran melalui tiga komponen pendidikan iaitu pendidikan
formal, pendidikan informal dan pendidikan non-formal yang mana proses ini boleh berulang
disepanjang hayat bermula sejak dalam kandungan hingga ke akhir hayat.
PENDIDIKAN
INFORMAL
Pendidikan informal
merupakan pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak yang berusia satu
hingga lima tahun melalui institusi kekeluargaan. Kanak-kanak menerima
pendidikan secara informal yang banyak memberi penekanan kepada aspek-aspek
seperti pertuturan, bimbingan agama, adab tatasusila, penjagaan kesihatan dan
kebersihan serta perhubungan fizikal. Pendidikan informal ini diperoleh
daripada ibu bapa, ahli keluarga dan pengasuh yang menjaganya. Bermula daripada
seseorang kanak-kanak itu lahir, mereka diajar untuk makan, minum, bertutur, mengenali
anggota keluarga, mengenali anggota badan sehingga mereka boleh menguruskan
diri. Peranan ibu bapa dan ahli keluarga adalah untuk memberikan pendidikan
seperti pengajaran nilai-nilai moral dan mengurus kehidupan hariannya melalui
penglihatan, pendengaran dan pengamatan. Apabila umur kanak-kanak tersebut
sudah mendekati umur yang akan melayakkan mereka mendapatkan pendidikan formal
di sekolah, ibu bapa serta ahli keluarga kebiasaannya akan mengajar mereka
untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain dengan adab-adab yang
telah dipraktikkan dirumah selama ini. Pendidikan ini bergantung kepada tahap
kematangan seseorang individu mentafsirkan dengan persekitaran dimana interaksi
yang aktif terhadap persekitaran boleh meningkatkan input kepada pemikiran dan
dapat meningkatkan pengetahuan serta kematangan kanak-kanak.
PENDIDIKAN
FORMAL
Bermula apabila kanak-kanak
sudah mencapai umur lima hingga enam tahun. Pendidikan ini dinamakan pendidikan
formal yang melibatkan empat peringkat persekolahan iaitu prasekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah dan pendidikan tinggi. Pendidikan formal boleh
ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara
rasmi mengikut sistem yang ditetapkan oleh kerajaan. Seseorang kanak-kanak itu
akan memulakan pendidikan awalnya di prasekolah dan sekolah rendah yang
dinamakan pendidikan rendah bermula daripada umur enam tahun hingga dua belas
tahun. Kemudian mereka akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah selama
lima tahun bermula daripada umur tiga belas tahun hingga tujuh belas tahun.
Pada peringkat
persekolahan, setiap individu itu akan diberikan pengajaran yang berterusan dan
penekanannya adalah terhadap aspek pembentukan jati diri, perkembangan nilai
dan potensi, perkembangan sosial, penghayatan agama dan nilai murni,
penyesuaian hidup, pemupukan perpaduan, perolehan ilmu pengetahuan dan
kemahiran serta pemilihan kerjaya. Kemudian setelah tamat pengajian di
pendidikan menengah, individu yang ingin melanjutkan pengajian ke pendidikan
tinggi akan terus mendapat pendidikan formal. Proses pembelajaran di peringkat
pendidikan tinggi adalah lebih kepada pengkhususan bidang masing-masing yang
tertumpu kearah profesion dan kerjaya yang berlainan. Bagi individu yang tidak
melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi, proses pendidikan tetap berterusan
dan terus berlaku semasa di tempat kerja ataupun dalam komuniti.
PENDIDIKAN
NONFORMAL
Pendidikan nonformal pula
ialah pendidikan yang disusun dan dilaksanakan diluar daripada sistem
pendidikan formal. Pendidikan ini boleh diperoleh melalui program seperti
latihan, kursus dalam perkhidmatan, seminar, bengkel, persidangan, forum dan
sebagainya. Pendidikan nonformal ialah semua jenis aktiviti pendidikan yang
tersusun secara sistematik yang dijalankan diluar sistem pendidikan formal yang
bertujuan memberi pembelajaran yang terpilih untuk sesuatu kumpulan dalam
masyarakat. Tenaga pengajarnya adalah daripada ahli masyarakat yang pakar dan
juga mempunyai institusi rasmi dan tidak rasmi seperti institusi kerajaan dan
swasta. Antara contoh pendidikan non formal ialah program latihan untuk petani,
latihan kemahiran kerjaya, program pendidikan mengenai kesihatan dan pemakanan,
sijil kemahiran tertentu seperti automotif, kelas menjahit, kelas memasak dan
sebagainya. Di sekolah juga berlaku pendidikan nonformal seperti kegiatan
kokurikulum di sekolah (aktiviti sukan, persatuan dan kegiatan beruniform),
kursus-kursus pendek untuk menambah pengetahuan tentang sesuatu, lawatan sambil
belajar dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pendidikan non formal memberi
peluang kepada semua orang untuk melibatkan diri dalam proses pendidikan seumur
hidup yang merangkumi berbagai-bagai aspek kehidupan kerana ianya dijalankan secara
fleksibel, dijalankan oleh berbagai-bagai agensi dan institusi serta ditujukan
kepada semua golongan masyarakat.
Kesimpulannya, konsep
pendidikan berterusan yang terkadung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan yang sentiasa dahagakan
ilmu tidak mengira peringkat umur sehingga ke akhir hayatnya.
PROSES
PENDIDIKAN
1. Pendidikan adalah suatu usaha
berterusan.
Elemen yang pertama dalam
proses pendidikan mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pendidikan
adalah satu usaha berterusan. Pendidikan adalah satu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan juga nilai murni. Proses pemerolehan dan
pemindahan ini berlaku secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir
hayat seseorang individu tersebut. Pendidikan bermula daripada rumah oleh ibu
kepada kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam
tahun. Kemudian mereka meneruskan pendidikan ke alam persekolahan pada
peringkat rendah dan menengah. Di sekolah mereka akan dapat mengembangkan bakat
dan potensi, bersosial dan membentuk sahsiah dan jati diri yang akan terus
berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap
individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses
pendidikan yang berterusan ini bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan
pelbagai perubahan dan kehendak semasa
sesuai dengan peredaran zaman yang semakin maju dan berkembang pesat.
2. Mengembangkan lagi potensi individu.
Elemen yang kedua ialah
mengembangkan lagi potensi individu dimana setiap individu itu mempunyai bakat
yang tersendiri sama ada semulajadi ataupun perlu digilap. Potensi individu ini boleh dibahagikan pula
kepada empat iaitu unsur iaitu intelek, emosi, rohani dan jasmani. Melalui
pendidikan potensi individu boleh diperkembangkan dan digilap. Setiap individu
telah dikurniakan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam.
Melalui pendidikan, bakat dan potensi ini perlu sebaik-baiknya dicungkil, dipupuk,
dikembangkan dan dipertingkatkan sehingga mencapai tahap yang cemerlang. Bakat,
potensi dan kebolehan akan terhasil melalui interaksi sosial dengan orang lain
dan alam sekeliling. Usaha mengembangkan lagi potensi dan bakat individu ini
memerlukan perancangan yang teliti dan perlaksanaan yang bersungguh-sungguh
demi mencapai hasil yang dihasratkan.
3. Menekankan aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
Perkembangan potensi secara
menyeluruh merangkumi empat unsur iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani membolehkan
seseorang individu itu mencapai penguasaan ilmu, kemahiran, nilai, budaya dan
kepercayaan. Penggabungan empat unsur ini secara bersepadu amatlah diperlukan
bagi mewujudkan manusia yang seimbang dalam memenuhi keperluan hidupnya. Oleh
sebab itu proses pendidikan dalam mengembangkan potensi individu ini dilakukan
secara menyeluruh dan bersepadu dan bukannya hanya tertumpu kepada satu unsur
sahaja. Perkembangan potensi unsur yang pertama iaitu :
Pelaksanaan atau proses pendidikan yang dijalankan adalah berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Secara umumnya, setiap prinsip agama mengajak manusia kearah kebaikan dan hidup dengan penuh hikmah. Mengamalkan kepercayaan beragama dan mematuhi segala perintah agama adalah penting dalam membentuk jati diri dan mengawal individu. Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab keatas amanah yang diberikan Tuhan kepadanya dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alam ini.
1. Mengembangkan diri dan murid secara
holistik.
·
Guru perlu memainkan peranan bagi
merealisasikan semua matlamat ini, antaranya ialah mengembangkan potensi
individu secara menyeluruh iaitu merangkumi aspek jasmani, emosi. rohani, dani
intelek
·
Jasmani murid boleh diperkembangkan
melalui penglibatan aktif seseorang murid itu melalui aktiviti kokurikulum.
Manakala emosi, rohani dan intelek pula boleh diperluas dengan melibatkan murid
itu ke dalam setiap aktiviti pengajaran dan program- program ilimiah seperti
forum, debat atau pidato.
2. Memupuk cinta murid terhadap ilmu dan
berperibadi mulia.
·
Guru perlu menyemaikan minat murid
terhadap ilmu sejak dari mula lagi. Guru harus menekankan kepentingan ilmu pada
murid kerana ia tiket kejayaan dunia dan akhirat. Penelitian harus diberikan
ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
·
Guru harus menyemai rasa cinta
terhadap diri, masyarakat dan negara. Tugas seorang guru itu bukan sahaja
terhad di dalam kelas sahaja kerana ia perlu mengajar, mendidik dan memimpin.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang
berketerampilan.
·
Meliputi beberapa aspek seperti
pemikiran , kepercayaan dan perasaan. Hasrat yang ingin dicapai ialah
melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam
menjalankan sesuatu tugas atau amanah.
·
Melahirkan individu yang
berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan pendidikan dari segi
rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri individu berketerampilan yang ingin dilahirkan
ialah yang berilmu pengetahuan.
4. Meletakkan kepercayaan kepada Tuhan
sebagai asas.
·
Kepercayaan kepada Tuhan adalah elemen
yang ketujuh dalam Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana dapat
dilihat kepentingannya, semua pelajar Islam diwajibkan mengambil mata pelajaran
Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan awam.
·
Pelajar bukan Islam hendaklah
diberikan pelajaran Pendidikan Moral. Kewajipan ini jelas menunjukkan bahawa
pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep kepercayaan kepada Tuhan kerana telah
diajar perkara tersebut didalam kelas. Pelajar-pelajar yang berjaya dan lulus
dalam peperiksaan Pendidikan Islam dan moral hanyalah sekadar untuk memenuhi
syarat mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi ataupun untuk mencari
pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti.
Kesimpulannya, menjadi
tanggungjawab pendidik untuk berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan
pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, ibu bapa dan para
pendidik perlu memahami maksud yang tersurat dan tersirat kandungan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan sebenarnya supaya matlamat FPK dapat dicapai
sesuai dengan objektif dan melahirkan insan yang mempunyai daya intelektual yang
baik.
IMPAK PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA.
MIMIE FAZLINA BINTI MOHD EPONDI
L20212011867
Falsafah Pendidikan Negara
menjadi tunjang utama dalam menetapkan matlamat dan agenda pendidikan di
Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan visi dan misi
seiring dengan FPK dan dasar pendidikan. Manakala, Pelan pembangunan Pendidikan
(PPPM) 2013-2025 juga telah mengenalpasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi
menghasilkan perubahan yang dihasratkan ke arah mencapai matlamat pendidikan. Setiap anjakan mesti memberi impak kepada
sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama
merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu
diberikan perhatian segera.
Guru dipertanggungjawabkan menjadi pembina modal insan yang berjaya seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malah pelbagai tugas harus dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah dan amanah ini perlu digalas dengan baik supaya aset negara yang berharga tidak disalahgunakan dan akhirnya semua pihak berharap agar mereka bakal menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.
Guru berkemahiran professional
Guru yang menjadi tenaga iktiasas di dalam bidang perguruan yang bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid di sekolah. Maka, guru perlu mempunyai kemahiran profesioanl serta kecerdasan emosi dan mental yang tinggi dalam memainkan peranan besar dalam menghasilkan warisan yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara kemahiran yang ditekankan adalah kemahiran berfikir dan kemahira konstruktif. Setiap pelajar perlu dididik menggunakan daya berfikir yang tinggi dan minda untuk melahirkan para murid yang dapat menuntut ilmu sepanajang hayat dan menpunyai modal intelektual tinggi bagi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu tertumpu kepada pandangan jauh dan luar biasa. Pendidikan masa kini mendorong guru untuk mampu menguasai pelbagai kemahiran genarik seperti kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai Bahasa kedua dengan baik. Oleh itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka pendek dan jangkan panjang untuk guru. Maka dengan itu, guru mampu mengaplikasikan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru pendorong pemikiran kritis dan kreatif pelajar.
Guru yang menjadi pemangkin kepada pemikiran kritis dan kreatif murid-murid bertanggungjawab dalam usaha membina modal insan yang mampu membangunkan negara menerusi pemikiran mereka. Melalui Pelan Induk Pembangunan (PIPP) 2066-2010 usaha membangunkan modal insan, tertumpu dalam melahirkan murid yang kompeten dalam bidang sains dan daya kreatif serta berkebolehan pasaran. Ini kerana, setiap guru bertanggungjawab dalam mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi pengajaran guru. Sebagai contoh, apabila seseorang itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran murid supaya dapat menjana idea-idea baru yang lebih bernas dan kreatif dan berkebolehan. Guru bertanggungjawab dalam merangsang pemikiran murid supaya mampu berfikir pada tahap yang paling maksimum dengan memilih strategi pengajaran yang lebih berkesan. Kaedah pengajaran yang diberikan oleh guru dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif kepada murid adalah pemilihan. Teknik pembelajaran yang dapat memberikan ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Tambahan lagi, sumber bahan pengajaran yang disediakan oleh guru dapat membantu murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah di samping membaca pelbagai sumber bahan bacaan yang lain. Hal ini merupakan salah satu ransangan kemahiran berfikir kepada guru dan murid.
Guru pengilap potensi murid-murid
Potensi yang dimiliki oleh setiap individu adalah berbeza-beza. Sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengilap dan menyerlahkan lagi potensi yang dimiliki oleh setiap murid. Bukan kelemahan seseorang murid yang dicari, namun apa yang paling penting adalah mencari keistimewaan dan mengilap murid agar dapat menjadi manusia yang berguna bukan sahaja kepada diri sendiri, malah untuk mesyarakat dan negara. Maka dengan itu, sebagai seorang guru kita harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-murid supaya tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang murid-murid yang terpendam.
Guru sebagai role model dan pembentuk diri pelajar
Nilai adalah kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu perkara. Mengikut pandangan Ragbir Kaur (2007), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam diri pelajar adalah seperti moral, agama, terminal dan instrumental. Maka, guru perlu mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditunjulkan oleh guru secara tidak langsung akan menajdi ikutan kepada para murid di sekolah. Menurut Ee Ah Meng (2003), guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada murid-murid. Tanpa disedari, guru berkenaan akan dapat memupukkan beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dala bilik darjah.
Guru sebagai seorang pembimbing dan kauselor
Guru sebagai seorang pembimbing dan kauselor adalah sangat besar dan sangat penting dalam memastikan kelahiran insan-insan yang berakhlak dan berilmu, yang dapat berfikir untuk membawa perubahan di dalam kehidupan manusia ke arah yang lebih selesa dan sempurna. Selain itu, guru juga bertindak sebagai pembimbing murid secara seimbang dari sudut intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Di awal persekolahan, murid kurang memahani apa yang perlu dipelajari oleh dan setelah diajar oleh guru baru mereka dapat memahami tentang apa yang terkandung di dalam subjek yang mereka ambil. Setelah itu, murid cuba mengaplikasikan apa yang mereka pelajari di dalam bilik darjah dengan persekitaran mereka. Guru juga harus menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kauseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan. Guru adalah tenaga manusia yang mematuhi segala etika profesion kearah membimbing murid menepati acuan sebagaimana yang termasuk dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Kesimpulan
Secara rumusannya, guru adalah permata yang sangat bernilai kepada bangsa, masyrakat dan negara. Tanggungjawab seorang guru sangatlah penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, guru-guru wajar memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-maisng untuk membina modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek disiplin dan dimensi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada pendidikan di negara kita sehingga kini. Hal ini merupakan usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggunagjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.
RUJUKAN
Hidayah, C.N.
(2012, Mei 12). Kepentingan Falsafah
Pendidikan Terhadap Sistem sesebuah Pendidikan Negara. Retrieve from https://cikgunorhidayah3006.wordpress.com/2012/05/12/kepentingan-falsafah-pendidikan-terhadap-sistem-pendidikan-sesebuah-negara/
Mohd Fathi Bin Adnan, RB (2011). Implikasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam Pendidikan
Teknik dan Vokasional di. 1-16.
Sapie Sabilan, SM (2018). Konsep Perlaksanaan Dan Konsep Nilai
Murni FPK. 1-14.
Rahayu Ahamad
Bahtiar, Sham Ibrahim, Haljah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd
Khairul Wan Isa (2020). Peranan dan cabaran pemimpin pendidikan memastikan
matlamat dan agenda pendidikan dilestarikan dalam tempoh printah kawalan
pergerakan (PKP) covid-19. https://iab.moe.edu.my/bahanportal/pemberitahuan/2020/2.%20PERANAN%20DAN%20CABARAN%20PEMIMPIN%20PENDIDIKAN.pdf
Maslina (2008). Peranan guru. https://www.scribd.com/document/154518271/Peranan-Guru
Noriati Rashid,
Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin, Zakiah Noordin (2014). Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin (2014). Pengajian Malaysia. Selangor.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Teras
Transformasi, diakses daripada
https://www.padu.edu.my/articles/falsafah-pendidikan-kebangsaan-teras-transformasi/
Zaini Abdullah (2021). Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dasar. Perak. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. http://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html







Comments
Post a Comment